Thursday, September 23, 2010

Intro

Baja kompos organik bertindak menyuburkan tanah dan tiada kandungan bahan kimia. Akar pokok akan mendapat tumbesaran secara semulajadi, dan ini juga penting untuk kitaran semulajadi.

Jika anda menggunakan baja kimia, anda perlu selang-selikan penggunaan baja kompos organik untuk mengembalikan keadaan tanah secara semula jadi.

Sila email ke powerbioagro@gmail.com untuk sebutharga tak kira kecil atau besar saiz pesanan anda.

Untuk pesanan, sila   SMS   nama, alamat dan kuantiti ke talian 013-6195442 atau e-mail seperti di atas.

Kunjungi laman Facebook kami, anda boleh click pada link di bawah atau cari kami di Facebook dengan kata nama "power agro" atau gunakan alamat e-mail kami.

Kami adalah syarikat milik Bumiputra sepenuhnya dan sudi-sudikanlah berhubung dengan kami.

- Admin-

NUTRIEN (nutrients)

Nutrien tumbuhan terbahagi kepada dua kategori:-

1.    Makro nutrient – diperlukan dengan banyak.
2.    Mikro nutrient – keperluannya adalah sedikit dan selalunya terdapat di dalam tanah dan mencukupi.

A.    Makro Nutrien (C, H, O, N, P, K dan Mg)
Carbon, Hidrogen dan Oksigen diperlukan dengan amat banyak, tetapi unsur ini terdapat dengan banyak dipersekitaran. sumber utama adalah seperti gas Carbon dioksida (CO2) dan air (H2O).
N, P, K dan Mg perlu dibekalkan oleh kita dengan banyak bagi memastikan ia mencukupi untuk kegunaan tumbuhan. (disinilah pentingnya konsep fertigasi, unsur ini diberikan secara sedikit - sedikit tetapi berterusan berbanding dengan kaedah biasa, diberi secara banyak tetapi sebulan sekali atau seminggu sekali.).

B.    Mikro nutrien. (Ca, S, B, Cu, Fe, Mn, Mo dan Zn)
  
Unsur ini kebiasaannya telah terdapat dan mencukupi didalam tanah. kecuali Ca dan B perlu ditambah bergantung kepada hasil analisa tanah dan daun.

Sumber nutrien boleh diperolehi dari baja organik dan juga baja kimia. sebagai contoh, baja vermikompos mengandungi semua unsur yang diperlukan, tetapi kandungannya rendah dan tidak tetap. Walaubagaimanapun ia mengandungi bakteria yang boleh menguraikan nutrien yang telah sedia ada di dalam tanah supaya ia boleh diambil oleh tumbuhan.

Baja kimia terikat dengan undang - undang, ia perlu mengandungi unsur seperti yang pengeluar istiharkan pada pembungkusnya. Sebagai contoh, baja MKP (mono-kalium phosphate) mengandungi 52% P2O5 dan 34% K2O. Baja ini adalah sumber yang membekalkan P dan K.